Skip to main content

Listening Party: Atilia - No3

Atilia, Please Berhijrah Ke Indonesia Demi No3


Baru-baru ini, penyanyi Atilia telah melancarkan album ketiganya dengan tajuk yang sungguh appropriate sekali, No.3. Rasa macam lama sangat untuk menantikan buah tangan terbaru penyanyi ini selepas tampil dengan album vass Sangkar dan Indah. 

First thing first, Abam admit, Abam bukanlah peminat muzik Jazz ni. So, Abam kena ulang dua tiga kali just untuk dapatkan mood bagi memberikan buah fikiran tentang album ini. Kesemuanya ada sembilan buah lagu termasuk dua lagu Inggeris dan hasilnya, album terbaik Atilia setakat ini. End of story.

So, di sini Abam senarai beberapa fakta ringkas agar memudahkan lagi pembacaan korang berkenaan album No3.


1. Pembikinan album ini mengambil masa 3 tahun
2. Lagu Sandaranku merupakan duet bersama BFFnya, Adibah Noor
3. 2 lagu Inggeris adalah No Fruits For Today dan Realize. 
4. Tujuh tahun lamanya menantikan album ini, kali terkahir melancarkan album Indah pada 2010.
5. No3 lebih banyak memuatkan muzik berentak pop berbanding dua album sebelum ini.
6. Selain di beberapa lokasi di Malaysia, No3 Album Tour juga akan ke Jakarta.
7. Selain Adibah, Atilia juga berduet dengan Lokman Aslam untuk lagu Segalanya.
8. Single pertama album ini adalah Bahagiaku
9. Proses rakaman album ini dibuat di Bsync Studio Malaysia dan juga Real World Studios, United Kingdom.
10.  Real world Studios merupakan milik penyanyi antarabangsa terkenal, Peter Gabriel.

Terima kasih Atilia kerana muncul dengan sebuah album yang solid dan sangat memuaskan. Ketika pendengar disajikan dengan lagu-lagu pop, kelainan yang dibawakan memang sesuatu yang segar. Walaupun Atilia sendiri tahu nasib albumnya ini mungkin sukar untuk diterima peminat, tapi dia tetap melangkah ke depan dengan No3. 

Kalau difikirkan, mungkin ada baiknya Atilia berhijrah dan fokus ke negara Seberang yang mana pendengar mereka lebih menghargai muzik sebegini. Such a waste, sebuah album yang bagus seperti ini tidak diperdengarkan kepada khalayak yang lebih luas.  

Lagu Letop: Untuk Perempuan Yang Sedang Dalam Pelukan, Sandaranku, Bahagiaku, Segalanya

Lagu Kureng: Realize, Kurnia Syurgawi, Cinta Ku Mengatasi Segalanya

Comments

Popular posts from this blog

Bedah Filem: Blade Runner 2049 Gagal Di Panggung. Kenapa?

Ada sesetengah filem lebih baik dibiarkan tanpa sekuel. Filem sekuel memang satu risiko besar kepada semua penerbit. Lagi-lagi bila menghasilkan sekuel yang suam-suam kuku atau penangannya tidak sekuat mana. Apatah lagi jika sekuel kedua diterbitkan selepas hampir 35 tahun! Yes, tiga dekad setengah selepas filem pertama ditayangkan. Konsep pelakon utama dulu masih bergetah sekarang badan dah lari alignmentnya. Inilah yang berlaku kepada filem Blade Runner 2049 yang kononnya blockbuster atau sengaja dimarketkan sebagai salah satu filem sci-fi terbaik pernah dihasilkan. Tapi, at the end of the day, penonton yang menentukan sama ada untuk menamatkan tayangan filem ini lebih awal di panggung atau sebaliknya.  Minggu kedia tayangan, penonton telah bersuara. Bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia, Blade Runner 2049 bolehlah diklasifikasikan sebagai flop! Dengan bajet pembikinan dan promosi yang melampau-lampau, filem sekuel cult classic ini gagal menarik penonton. K...

Listening Party: Ella - Peace.Love.Rindu

Album terbaru Ella buat Peminat Tak Puas hati? Abam takkan buat retrospektif dan berbunga-bunga throwback mengingatkan korang kepada kehebatan suara dan buah tangan Ratu Rock negara. Ini Adalah rebiu Abam sebagai pendengar muzik setia dengan Spotify dan Apple Music yang merindui buah tangan terbaru Ella. 51 tahun umurnya, 30 tahun dalam industri, Ella masih rock. Nampaknya Universal Music berbelanja besar mendapat lagu-lagu daripada komposer hebat seperti Datuk M Nasir, Keon, Buddhi Hikayat, AD Samad, Edrie Hashim, Omar K, Faizal Tahir, Ezra Kong, AG Coco, Sam Bunkface dan Lord. ⏩⏩⏩⏩⏩⏪⏪⏪⏪⏪ Raguku Track pertama album ini tebal dengan singnature Ella yang menjadi identiti Ella selama ini. Jika korang menjangkakan lagu pertama ini menjadi tona warna untuk lagu-lagu seterusnya, korang silap besar! Apapun, Raguku such a good opening song. 4/5 Abstraksi Hujan Bunyi eksperimental daripada Ella, at least for me. Abam tak pernah dengar Ella menyanyikan lagu-lagu ...