Skip to main content

Ola Bola The Musical Sekadar Menang Sorak?


Selepas selesai menonton teater ni, Abam perhatikan penonton akan terbahagi dua. Satu golongan akan suka gila-gila dengan memberi pujian melambung dan satu lagi golongan sekadar 'hmmmmmmm....' atau terduduk lesu di Istana Budaya sepanjang tayangan. 

Rasanya Abam tergolong dalam kelompok kedua. Kelompok yang sedikit kecewa, eh... actually banyak kecewa dengan produksi Enfiniti Productions kali ini. 4 kali menonton Puteri Gunung Ledang (2006, 2009), sekali P.Ramlee the Musical (2008) dan The Secret Life of Nora (2011) cukup untuk Abam menimbang tara dan membandingkan Ola Bola The Musical dengan karya-karya mereka sebelum ini.

Ada yang berkata bandingkan teater ini dengan SuperMokh The Musical, but I refused! Kita bercakap tentang Enfiniti Productions, produksi teater bertaraf dunia. Produksi yang bukan jaguh kampung kerana berjaya membawa PGL ke Esplanade pada 2006, jadi ada baiknya membandingkan Ola Bola dengan teater terbitan mereka sebelum ini.

Melangkah kaki ke panggung, penonton disambut dengan sorakan puluhan ribu penonton di Stadium yang dihidupkan menerusi 3 skrin gergasi yang menjadi nadi utama teater ini. Abam wow! Terkesima dengan pekikan, chanting dan visual membayangkan betapa grandnya teater ini. Tapi, bermula sahaja babak pertama, Abam ada rasa satu perasaan yang kurang enak.

Perasaan yang wujud kerana setiap minit yang berlalu memberikan tanggapan bahawa teater ini sekadar biasa-biasa sahaja. Biasa daripada komposisi lagunya, permainan lampunya, lontaran suaranya dan paling Abam kecewa, produksi pentasnya. 

Entah, ada props diulang beberapa kali walaupun dalam scene yang berlainan (seat stadium, kedai kopi, klinik) selain transisi antara babak yang memakan masa panjang hingga membuatkan penonton bosan. Oh ya, pentas haudralik yang boleh turun naik di IB langsung tak digunakan. Kenapa ek? Kena bayar lebih atau masih dalam proses selenggara? 

Bukan Abam saja, rasanya ramai juga yang macam 'cepatlah habis part pertama ni' sambil menantikan waktu rehat kerana jalan ceritanya meleret-leret. Kelihatan teater ini terlalu jujur dengan naskah filem sehingga hampir tiada kejutan dan kelaianan yang dibawa. Itu juga masalah besar bagi Abam. Walaupun filem ini berdasarkan fakta dan sejarah, tetapi mungkin boleh ditambahkan satu dua kelainan untuk menjadikannya fresh. 

Tetapi! Masuk separuh masa kedua, Ola Bola mula menunjukkan taringnya. Mungkin baru panas kot, scene bergerak pantas, pertukaran set sudah tidak memeningkan dan paling penting banyak punch line dan aksi-aksi yang akan buat penonton tak sempat menguap. Mungkin dah penat atau adrenalin dah terpancut-pancut, semua pelakon nampak all out, dan Abam sebagai penonton dapat rasakan lakonan mereka. 

Penat weh! Teater yang sangat fizikal ya, ini bukan muzikal yang nyanyi sambil twirl atas pentas, tangan mengepak, lari-lari anak ke kiri kanan pentas. No!!! Mereka tercungap-cungap ya... mengejar babak di kem motivasi, babak atas padang, nak menyanyi lagi. Salute! 

Salute untuk semua pelakon, dari sekecil watak hingga sebesar watak! Tak boleh nak bayangkan mereka akan beraksi selama sebulan untuk teater ini. Sangat demanding ya. Tak perlulah sebut siapa paling hebat, sebab semua hebat namun jika perlu disebut satu nama rasanya Iedil Putra mencuri perhatian Abam. Setanding Bront dalam versi filem.

Cuma mungkin dari sudut teknikal yang menjadikan teater ini sedikit kekurangan. Kalau korang tak berkesempatan menonton PGL, P.Ramlee atau Nora sebelum ini, korang akan wow dengan Ola Bola. Tapi kalau sudah pernah menonton salah satu teater Enfiniti sebelum ini, korang akan hmmmmmmmmmm........

Kesimpulannya, skrin besar di kiri dan kanan umpama penyelamat teater ini. Berjaya menjadikan teater ini tampak grand dan membuatkan penonton kagum. Tapi, bila over-used, boleh menjadi distracting juga. Skrin ini hanya menjadi efektif dalam babak akhir perlawanan antara Malaysia dan Korea Selatan di mana visual manipulative atau video placing (I don't know the right term) digunakan dengan gaya yang sangat bijak! oh... 'replay' momen juga brilliant cuma perlukan lebih latihan agar nampak lagi real.

Mungkin terlalu awal nak menilai teater ini. Maklumlah, Abam tonton pun di malam opening. So, mesti banyak improvement akan dibuat. Biasalah kalau ada technical glitch di sini sana. Begitu juga lakonan, ada first time di pentas teater dan all.... I'm sure, pengarah pun aware dengan reaksi penonton part mana yang bosan, part mana yang meleret yang boleh ditambah baik.

Apapun, Ola Bola The Musical adalah teater WAJIB TONTON tahun ini. Bukan selalu kita dapat peluang menonton teater grand scale macam ni. Setiap ringgit dan sen yang dilaburkan masih berbaloi. Ada sebulan pementasan, so tiada alasan untuk tidak menyokong produksi ini. Cuma, bagi standard Enfiniti Productions, PGL dan P.Ramlee masih antara teater terbaik pernah dihasilkan mereka.   

P/S: Abam bukan orang teater, bukan lagi media dan hanya sekadar penonton biasa yang mengharapkan hiburan dengan teater high profile ini.

Comments