Skip to main content

Posts

Ola Bola The Musical Sekadar Menang Sorak?

Selepas selesai menonton teater ni, Abam perhatikan penonton akan terbahagi dua. Satu golongan akan suka gila-gila dengan memberi pujian melambung dan satu lagi golongan sekadar 'hmmmmmmm....' atau terduduk lesu di Istana Budaya sepanjang tayangan.  Rasanya Abam tergolong dalam kelompok kedua. Kelompok yang sedikit kecewa, eh... actually banyak kecewa dengan produksi Enfiniti Productions kali ini. 4 kali menonton Puteri Gunung Ledang (2006, 2009), sekali P.Ramlee the Musical (2008) dan The Secret Life of Nora (2011) cukup untuk Abam menimbang tara dan membandingkan Ola Bola The Musical dengan karya-karya mereka sebelum ini. Ada yang berkata bandingkan teater ini dengan SuperMokh The Musical, but I refused! Kita bercakap tentang Enfiniti Productions, produksi teater bertaraf dunia. Produksi yang bukan jaguh kampung kerana berjaya membawa PGL ke Esplanade pada 2006, jadi ada baiknya membandingkan Ola Bola dengan teater terbitan mereka sebelum ini. Melangkah kaki
Recent posts

Listening Party: Atilia - No3

Atilia, Please Berhijrah Ke Indonesia Demi No3 Baru-baru ini, penyanyi Atilia telah melancarkan album ketiganya dengan tajuk yang sungguh appropriate sekali, No.3. Rasa macam lama sangat untuk menantikan buah tangan terbaru penyanyi ini selepas tampil dengan album vass Sangkar dan Indah.  First thing first, Abam admit, Abam bukanlah peminat muzik Jazz ni. So, Abam kena ulang dua tiga kali just untuk dapatkan mood bagi memberikan buah fikiran tentang album ini. Kesemuanya ada sembilan buah lagu termasuk dua lagu Inggeris dan hasilnya, album terbaik Atilia setakat ini. End of story. So, di sini Abam senarai beberapa fakta ringkas agar memudahkan lagi pembacaan korang berkenaan album No3. 1. Pembikinan album ini mengambil masa 3 tahun 2. Lagu Sandaranku merupakan duet bersama BFFnya, Adibah Noor 3. 2 lagu Inggeris adalah No Fruits For Today dan Realize.  4. Tujuh tahun lamanya menantikan album ini, kali terkahir melancarkan album Indah pada 2010. 5. No3 lebih

Listening Party: Ella - Peace.Love.Rindu

Album terbaru Ella buat Peminat Tak Puas hati? Abam takkan buat retrospektif dan berbunga-bunga throwback mengingatkan korang kepada kehebatan suara dan buah tangan Ratu Rock negara. Ini Adalah rebiu Abam sebagai pendengar muzik setia dengan Spotify dan Apple Music yang merindui buah tangan terbaru Ella. 51 tahun umurnya, 30 tahun dalam industri, Ella masih rock. Nampaknya Universal Music berbelanja besar mendapat lagu-lagu daripada komposer hebat seperti Datuk M Nasir, Keon, Buddhi Hikayat, AD Samad, Edrie Hashim, Omar K, Faizal Tahir, Ezra Kong, AG Coco, Sam Bunkface dan Lord. ⏩⏩⏩⏩⏩⏪⏪⏪⏪⏪ Raguku Track pertama album ini tebal dengan singnature Ella yang menjadi identiti Ella selama ini. Jika korang menjangkakan lagu pertama ini menjadi tona warna untuk lagu-lagu seterusnya, korang silap besar! Apapun, Raguku such a good opening song. 4/5 Abstraksi Hujan Bunyi eksperimental daripada Ella, at least for me. Abam tak pernah dengar Ella menyanyikan lagu-lagu

Bedah Filem: Blade Runner 2049 Gagal Di Panggung. Kenapa?

Ada sesetengah filem lebih baik dibiarkan tanpa sekuel. Filem sekuel memang satu risiko besar kepada semua penerbit. Lagi-lagi bila menghasilkan sekuel yang suam-suam kuku atau penangannya tidak sekuat mana. Apatah lagi jika sekuel kedua diterbitkan selepas hampir 35 tahun! Yes, tiga dekad setengah selepas filem pertama ditayangkan. Konsep pelakon utama dulu masih bergetah sekarang badan dah lari alignmentnya. Inilah yang berlaku kepada filem Blade Runner 2049 yang kononnya blockbuster atau sengaja dimarketkan sebagai salah satu filem sci-fi terbaik pernah dihasilkan. Tapi, at the end of the day, penonton yang menentukan sama ada untuk menamatkan tayangan filem ini lebih awal di panggung atau sebaliknya.  Minggu kedia tayangan, penonton telah bersuara. Bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia, Blade Runner 2049 bolehlah diklasifikasikan sebagai flop! Dengan bajet pembikinan dan promosi yang melampau-lampau, filem sekuel cult classic ini gagal menarik penonton. Kenap

Bedah Filem: 6 Faktor Abang Long Fadil 2 Menjadi Filem Terlaris Malaysia

Selagi penonton suka, why not? Ikutkan! Records were meant to be broken, kan? Akhirnya, rekod filem Polis Evo yang memegang gelaran filem Malaysia terlaris dalam sejarah dipecahkan oleh filem Abang Long Fadil 2. Siapa sangka filem ini boleh mencipta sejarah tersendiri lebih-lebih lagi dengan iklim kutipan filem Melayu sekarang yang nak cecah RM100 ribu pun payah. Tapi, ada juga pendapat optimis yang menjangkakan filem ini memang berupaya mencetuskan fenomena yang sangat didahagakan dalam filem Melayu.  So, selepas Abam selidik, mengkaji dan menilai, rasanya kejayaan ini telah didukung oleh beberapa faktor. Correct me kalau Abam silap dalam penilaian Abam, tapi Abam tetap nak kongsikan faktor-faktor yang dirasakan menyumbang kepada kejayaan filem Abang Long Fadil 2.  Faktor Skop Productions Sebutkan satu filem Skop Productions yang kutipannya tak dapat capai angka keramat RM1 juta? Sebut! Susahkan? Rasanya daripada filem pertama Bayangan Maut sampai sekarang, f