Skip to main content

Bedah Filem: 6 Faktor Abang Long Fadil 2 Menjadi Filem Terlaris Malaysia

Selagi penonton suka, why not? Ikutkan!


Records were meant to be broken, kan? Akhirnya, rekod filem Polis Evo yang memegang gelaran filem Malaysia terlaris dalam sejarah dipecahkan oleh filem Abang Long Fadil 2. Siapa sangka filem ini boleh mencipta sejarah tersendiri lebih-lebih lagi dengan iklim kutipan filem Melayu sekarang yang nak cecah RM100 ribu pun payah.

Tapi, ada juga pendapat optimis yang menjangkakan filem ini memang berupaya mencetuskan fenomena yang sangat didahagakan dalam filem Melayu. 

So, selepas Abam selidik, mengkaji dan menilai, rasanya kejayaan ini telah didukung oleh beberapa faktor. Correct me kalau Abam silap dalam penilaian Abam, tapi Abam tetap nak kongsikan faktor-faktor yang dirasakan menyumbang kepada kejayaan filem Abang Long Fadil 2. 


Faktor Skop Productions

Sebutkan satu filem Skop Productions yang kutipannya tak dapat capai angka keramat RM1 juta? Sebut! Susahkan? Rasanya daripada filem pertama Bayangan Maut sampai sekarang, filem-filem Skop Productions tak pernah mengecewakan. Apatah lagi, ALF2 merupakan kerjasama Skop Productions bersama Astro Shaw. Bayangkan promosi macam mana pula.

Cerita balik modal atau tak, itu hal yang lain. Apa yang penting, konsistensi Skop menghasilkan filem-filem bermutu umpama ada satu brand atau stigma yang dah melekat dekat penonton. Filem Skop Productions, mesti hebat, pelakon mantap, aksi melampau. And they delivered, everytime! Penonton tak rasa ditipu setiap kali ke panggung. Paling-paling busuk filem Aku Bukan Tomboy pun jejak RM1.2 juta.

Faktor Yusof

Yusof Haslam, Syamsul Yusof, Syafiq Yusof. Tak kisahlah Yusof terletaknya di belakang atau depan, penonton Malaysia percaya dengan kewibawaan nama ini. Daripada era bapa yang berani bawa penyanyi ke layar perak, fenomena kepolisan sampailah anaknya yang bermain dengan teknologi perfileman, mengangkat tema-tema yang jarang disentuh oleh pengkarya sebelum ini. 

Yes, penerbit sana buat filem aksi, penerbit sini buat filem aksi. Sana buat lumba kereta, sini buat lumba kereta. Tapi, bila Syamsul buat filem aksi, korang semua tahu pembikinannya berada beberapa takuk di atas pengarah dan penerbit lain. End of story!

Faktor Zizan Razak

Kau kutuk Zizan cakap lawak dia dah basi. Kau kutuk dia di FFM lepas. Tapi kau tak sedar, dialah antara aktor paling menguntungkan penerbit filem ketika ini. Jangan lupa, filem Polis Evo yang catat kutipan tertinggi sebelum ini pun filem lakonan dia. Sebenarnya, dia hanya memperbaharui rekod dia sendiri.

Penonton memang selalu ada love hate relationship dengan pelakon/pelawak macam Zizan ni. Bila kau merupakan nama besar di kaca TV dan di layar perak, orang akan menganggap dia adalah individu yang sama. Tapi bagi abam, Zizan adalah pelakon yang lebih baik di layar perak berbanding kemunculannya di TV atau di pentas sebagai pengacara yang entah apa-apa. Setuju?

Faktor Karakter

Kalau korang mengikuti filem-filem Skop Productions sebelum ini terutamanya KL Gangster mesti dah fimiliar dengan watak Fadil ni. So, bila filem kesinambungan atau orang putih cakap spin-off macam ni, penonton dah fimiliar dengan karakter tersebut sekali gus penonton boleh jangka apa yang terhidang di dalam panggung kelak. 

Apa lagi yang boleh dicakapkan tentang pelakon-pelakon lain seperti Datuk AC Mizal, Shuib Sepahtu, Achey Bocey dan Syamsul sendiri. Kombo dan pakej yang sememangnya akan meletup di panggung. Oh ya, Wak Doyok. Selebriti media sosial digunakan sebaiknya dan berhasil. Boom! 

Faktor Genre

Rasanya semua penerbit dah tau formula ni. Aksi + komedi antara genre yang paling disukai penonton. Pasti boleh buat duit berbanding cinta, seram ataupun purely komedi. Sekali lagi, Polis Evo pun di dalam genre yang sama. Malah banyak filem sebenarnya turut berada di acuan yang sama. Tapi, pelaksanaannya pula hazab. Kualiti diketepikan.

Pada Abam, bukan mudah untuk menghasilkan filem aksi + komedi ni. Nak berlawak satu hal, berlakon aksi pun bukan semua boleh buat. Rasanya genre sebegini akan menguji kemampuan seorang pelakon itu sendiri. Sebenarnya tiada sebab kegagalan filem aksi+komedi di panggung kecuali kau masih tampil dengan lawak bodoh dan aksi suam-suam kuku.  

Faktor Selera

Selera penonton Malaysia juga sebenarnya susah juga nak jangka. Walaupun secara keseluruhannya aksi + komedi disukai, ada juga genre lain yang berjaya. Buktinya, filem-filem kampung, air mata, pengorbanan, kesusahan juga mampu tarik perhatian penonton. Mesti ramai penerbit garu kepala sambil fikir, apa orang Malaysia nak sebenarnya! 

Overall, pakej lengkap filem itu sendiri memainkan peranan besar menarik penonton. Penonton dah bijak sekarang. Tengok poster pun dah tau agak cerita macam mana. Sebut nama pengarah pun dah buat orang tak nak jejak panggung. Buat filem hari ni umpama berjudi, untung atau rugi. Startegi untung tanya Datuk Yusof Haslam. Strategi rugi tanya David Teo dengan Ahmad Idham. 

Comments

Popular posts from this blog

Listening Party: Ella - Peace.Love.Rindu

Album terbaru Ella buat Peminat Tak Puas hati? Abam takkan buat retrospektif dan berbunga-bunga throwback mengingatkan korang kepada kehebatan suara dan buah tangan Ratu Rock negara. Ini Adalah rebiu Abam sebagai pendengar muzik setia dengan Spotify dan Apple Music yang merindui buah tangan terbaru Ella. 51 tahun umurnya, 30 tahun dalam industri, Ella masih rock. Nampaknya Universal Music berbelanja besar mendapat lagu-lagu daripada komposer hebat seperti Datuk M Nasir, Keon, Buddhi Hikayat, AD Samad, Edrie Hashim, Omar K, Faizal Tahir, Ezra Kong, AG Coco, Sam Bunkface dan Lord. ⏩⏩⏩⏩⏩⏪⏪⏪⏪⏪ Raguku Track pertama album ini tebal dengan singnature Ella yang menjadi identiti Ella selama ini. Jika korang menjangkakan lagu pertama ini menjadi tona warna untuk lagu-lagu seterusnya, korang silap besar! Apapun, Raguku such a good opening song. 4/5 Abstraksi Hujan Bunyi eksperimental daripada Ella, at least for me. Abam tak pernah dengar Ella menyanyikan lagu-lagu ...

Listening Party: Atilia - No3

Atilia, Please Berhijrah Ke Indonesia Demi No3 Baru-baru ini, penyanyi Atilia telah melancarkan album ketiganya dengan tajuk yang sungguh appropriate sekali, No.3. Rasa macam lama sangat untuk menantikan buah tangan terbaru penyanyi ini selepas tampil dengan album vass Sangkar dan Indah.  First thing first, Abam admit, Abam bukanlah peminat muzik Jazz ni. So, Abam kena ulang dua tiga kali just untuk dapatkan mood bagi memberikan buah fikiran tentang album ini. Kesemuanya ada sembilan buah lagu termasuk dua lagu Inggeris dan hasilnya, album terbaik Atilia setakat ini. End of story. So, di sini Abam senarai beberapa fakta ringkas agar memudahkan lagi pembacaan korang berkenaan album No3. 1. Pembikinan album ini mengambil masa 3 tahun 2. Lagu Sandaranku merupakan duet bersama BFFnya, Adibah Noor 3. 2 lagu Inggeris adalah No Fruits For Today dan Realize.  4. Tujuh tahun lamanya menantikan album ini, kali terkahir melancarkan album Indah pada 2010. 5. ...