Skip to main content

Bedah Filem: 6 Faktor Abang Long Fadil 2 Menjadi Filem Terlaris Malaysia

Selagi penonton suka, why not? Ikutkan!


Records were meant to be broken, kan? Akhirnya, rekod filem Polis Evo yang memegang gelaran filem Malaysia terlaris dalam sejarah dipecahkan oleh filem Abang Long Fadil 2. Siapa sangka filem ini boleh mencipta sejarah tersendiri lebih-lebih lagi dengan iklim kutipan filem Melayu sekarang yang nak cecah RM100 ribu pun payah.

Tapi, ada juga pendapat optimis yang menjangkakan filem ini memang berupaya mencetuskan fenomena yang sangat didahagakan dalam filem Melayu. 

So, selepas Abam selidik, mengkaji dan menilai, rasanya kejayaan ini telah didukung oleh beberapa faktor. Correct me kalau Abam silap dalam penilaian Abam, tapi Abam tetap nak kongsikan faktor-faktor yang dirasakan menyumbang kepada kejayaan filem Abang Long Fadil 2. 


Faktor Skop Productions

Sebutkan satu filem Skop Productions yang kutipannya tak dapat capai angka keramat RM1 juta? Sebut! Susahkan? Rasanya daripada filem pertama Bayangan Maut sampai sekarang, filem-filem Skop Productions tak pernah mengecewakan. Apatah lagi, ALF2 merupakan kerjasama Skop Productions bersama Astro Shaw. Bayangkan promosi macam mana pula.

Cerita balik modal atau tak, itu hal yang lain. Apa yang penting, konsistensi Skop menghasilkan filem-filem bermutu umpama ada satu brand atau stigma yang dah melekat dekat penonton. Filem Skop Productions, mesti hebat, pelakon mantap, aksi melampau. And they delivered, everytime! Penonton tak rasa ditipu setiap kali ke panggung. Paling-paling busuk filem Aku Bukan Tomboy pun jejak RM1.2 juta.

Faktor Yusof

Yusof Haslam, Syamsul Yusof, Syafiq Yusof. Tak kisahlah Yusof terletaknya di belakang atau depan, penonton Malaysia percaya dengan kewibawaan nama ini. Daripada era bapa yang berani bawa penyanyi ke layar perak, fenomena kepolisan sampailah anaknya yang bermain dengan teknologi perfileman, mengangkat tema-tema yang jarang disentuh oleh pengkarya sebelum ini. 

Yes, penerbit sana buat filem aksi, penerbit sini buat filem aksi. Sana buat lumba kereta, sini buat lumba kereta. Tapi, bila Syamsul buat filem aksi, korang semua tahu pembikinannya berada beberapa takuk di atas pengarah dan penerbit lain. End of story!

Faktor Zizan Razak

Kau kutuk Zizan cakap lawak dia dah basi. Kau kutuk dia di FFM lepas. Tapi kau tak sedar, dialah antara aktor paling menguntungkan penerbit filem ketika ini. Jangan lupa, filem Polis Evo yang catat kutipan tertinggi sebelum ini pun filem lakonan dia. Sebenarnya, dia hanya memperbaharui rekod dia sendiri.

Penonton memang selalu ada love hate relationship dengan pelakon/pelawak macam Zizan ni. Bila kau merupakan nama besar di kaca TV dan di layar perak, orang akan menganggap dia adalah individu yang sama. Tapi bagi abam, Zizan adalah pelakon yang lebih baik di layar perak berbanding kemunculannya di TV atau di pentas sebagai pengacara yang entah apa-apa. Setuju?

Faktor Karakter

Kalau korang mengikuti filem-filem Skop Productions sebelum ini terutamanya KL Gangster mesti dah fimiliar dengan watak Fadil ni. So, bila filem kesinambungan atau orang putih cakap spin-off macam ni, penonton dah fimiliar dengan karakter tersebut sekali gus penonton boleh jangka apa yang terhidang di dalam panggung kelak. 

Apa lagi yang boleh dicakapkan tentang pelakon-pelakon lain seperti Datuk AC Mizal, Shuib Sepahtu, Achey Bocey dan Syamsul sendiri. Kombo dan pakej yang sememangnya akan meletup di panggung. Oh ya, Wak Doyok. Selebriti media sosial digunakan sebaiknya dan berhasil. Boom! 

Faktor Genre

Rasanya semua penerbit dah tau formula ni. Aksi + komedi antara genre yang paling disukai penonton. Pasti boleh buat duit berbanding cinta, seram ataupun purely komedi. Sekali lagi, Polis Evo pun di dalam genre yang sama. Malah banyak filem sebenarnya turut berada di acuan yang sama. Tapi, pelaksanaannya pula hazab. Kualiti diketepikan.

Pada Abam, bukan mudah untuk menghasilkan filem aksi + komedi ni. Nak berlawak satu hal, berlakon aksi pun bukan semua boleh buat. Rasanya genre sebegini akan menguji kemampuan seorang pelakon itu sendiri. Sebenarnya tiada sebab kegagalan filem aksi+komedi di panggung kecuali kau masih tampil dengan lawak bodoh dan aksi suam-suam kuku.  

Faktor Selera

Selera penonton Malaysia juga sebenarnya susah juga nak jangka. Walaupun secara keseluruhannya aksi + komedi disukai, ada juga genre lain yang berjaya. Buktinya, filem-filem kampung, air mata, pengorbanan, kesusahan juga mampu tarik perhatian penonton. Mesti ramai penerbit garu kepala sambil fikir, apa orang Malaysia nak sebenarnya! 

Overall, pakej lengkap filem itu sendiri memainkan peranan besar menarik penonton. Penonton dah bijak sekarang. Tengok poster pun dah tau agak cerita macam mana. Sebut nama pengarah pun dah buat orang tak nak jejak panggung. Buat filem hari ni umpama berjudi, untung atau rugi. Startegi untung tanya Datuk Yusof Haslam. Strategi rugi tanya David Teo dengan Ahmad Idham. 

Comments

Popular posts from this blog

Ola Bola The Musical Sekadar Menang Sorak?

Selepas selesai menonton teater ni, Abam perhatikan penonton akan terbahagi dua. Satu golongan akan suka gila-gila dengan memberi pujian melambung dan satu lagi golongan sekadar 'hmmmmmmm....' atau terduduk lesu di Istana Budaya sepanjang tayangan.  Rasanya Abam tergolong dalam kelompok kedua. Kelompok yang sedikit kecewa, eh... actually banyak kecewa dengan produksi Enfiniti Productions kali ini. 4 kali menonton Puteri Gunung Ledang (2006, 2009), sekali P.Ramlee the Musical (2008) dan The Secret Life of Nora (2011) cukup untuk Abam menimbang tara dan membandingkan Ola Bola The Musical dengan karya-karya mereka sebelum ini. Ada yang berkata bandingkan teater ini dengan SuperMokh The Musical, but I refused! Kita bercakap tentang Enfiniti Productions, produksi teater bertaraf dunia. Produksi yang bukan jaguh kampung kerana berjaya membawa PGL ke Esplanade pada 2006, jadi ada baiknya membandingkan Ola Bola dengan teater terbitan mereka sebelum ini. Melangkah kaki