Skip to main content

Bedah Filem: Blade Runner 2049 Gagal Di Panggung. Kenapa?

Ada sesetengah filem lebih baik dibiarkan tanpa sekuel.

Filem sekuel memang satu risiko besar kepada semua penerbit. Lagi-lagi bila menghasilkan sekuel yang suam-suam kuku atau penangannya tidak sekuat mana. Apatah lagi jika sekuel kedua diterbitkan selepas hampir 35 tahun! Yes, tiga dekad setengah selepas filem pertama ditayangkan. Konsep pelakon utama dulu masih bergetah sekarang badan dah lari alignmentnya.

Inilah yang berlaku kepada filem Blade Runner 2049 yang kononnya blockbuster atau sengaja dimarketkan sebagai salah satu filem sci-fi terbaik pernah dihasilkan. Tapi, at the end of the day, penonton yang menentukan sama ada untuk menamatkan tayangan filem ini lebih awal di panggung atau sebaliknya. 

Minggu kedia tayangan, penonton telah bersuara. Bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia, Blade Runner 2049 bolehlah diklasifikasikan sebagai flop! Dengan bajet pembikinan dan promosi yang melampau-lampau, filem sekuel cult classic ini gagal menarik penonton. Kenapa?


1. Waktu tayangan terlalu panjang hingga memakan masa 2 jam 43 minit. Sebenarnya banyak lagi filem yang panjang macam ni, tapi penonton tak suffer dengan jalan cerita yang perlahan dek kononnya bergenrekan neo-noir. Kesimpulannya, filem yang terlalu panjang akan menjadikan jumlah tayangan di panggung menjadi kurang. So, faktor ini memang menyumbang kepada performance sesebuah filem.

2. Pada yang tak tahu, Blade Runner 2049 adalah sekuel filem pertama yang telah dilancarkan pada 1982. Yes, time Harrison Ford masih mantap, sado dan bergetah lagi. So, back to 2017, filem ini sebenarnya tak appeal kepada penonton sekarang. Trust me, budak-budak 20an mesti tertanya-tanya apa kejadahnya cerita Blade Runner ni. Clueless! 


3. Ceritanya ringkas, kisah robot baru ditugaskan menghapuskan robot lama, tetapi tiba-tiba ada konflik apabila ada robot yang boleh melahirkan anak. So, robot istimewa ini perlu dihapuskan. Bermulalah pencarian dan ditambah plot-plot yang tak perlu sampai filem meleret umpama veil sajat bila kahwin dengan Coach Yin kelak. Yes, bayangkan banyak plot dan diceritakan dengan perlahan umpama ubat tidur sambil diselimutkan dengan dingin air-cond.  

4. Mengenali hasil pengarah Denis Villeneuve, Abam memang dah jangkakan filem yang meleret, slow pace, artsy-fartsy movie. Filem last beliau, Arrival pun suffer benda yang sama macam Blade Runner 2019. Kisah manusia berkomunikasi dengan Alien dan berlaku konflik. Yes, amazing movie! Tapi bukan untuk mass market walaupun diiktiraf di banyak festival filem termasuk Academy Awards pada tahun itu. 


5. Let’s talk about Ryan Gosling. Ada review kata ini filem terbaik dia. Seriously? I’ve seen him better. La La Land anyone? Drive, Blue Valentine, The Big Short? Dalam Blade Runner, lakonan Gosling sangat monotonous. Hanya hitam dan putih. Tiada pelangi dalam emosinya. Mati! 

6. How about the legend, Harrison Ford? Nyata jalan cerita dibuat bagi membolehkan Ford kembali beraksi selepas menjadi pelakon utama dalam filem pertama. Pada Abam, nothing special pun kemunculan dia. Faktor nostalgik je buat peminat hardcore filem ini ke panggung. Again, kebanyakan penonton muda sekarang tak care pun dengan lakonan Ford dalam filem ni. Connection tu tak ada. 

7. Sekadar info, filem pertama Blade Runner bukanlah filem hit pun setanding Alien mahupun Star Wars pada waktu itu. Dengan kutipan USD33.8 juta, terbukti filem ini tidak appeal untuk mass market. Pada pendapat abang, filem ini mencapai status cult kerana berjaya mengharungi masa dek peminat hardcorenya yang entah berapa kerat. Mungkin perjudian penerbit untuk membawa filem ini ke mainstream akan membuahkan hasil, tapi sayang..... gagal.


Apapun jangan salah sangka, Abam masih menganggap Blade Runner 2049 filem yang bagus, if not the best. Mungkin top 5 filem sci-fi terbaik yang pernah dihasilkan. Bila cakap pasal filem terbaik, Abam yakin filem ini akan berjaya dalam banyak majlis anugerah. Sudut teknikal filem ini tersangatlah amazing. Kesan bunyi, production design, editing, screenplay semua hampir sempurna.  

Kesimpulannya, penonton akan terbahagi dua. Sama ada suka atau benci filem ini. Kalau korang appreciate filem sci-fi yang lain daripada yang lain, ini filemnya. Kalau mengharapkan aksi perang angkasa, gaduh-gaduh tahap extreme, better stick with Star Wars atau Guardians of the Galaxy. 

Comments

Popular posts from this blog

Ola Bola The Musical Sekadar Menang Sorak?

Selepas selesai menonton teater ni, Abam perhatikan penonton akan terbahagi dua. Satu golongan akan suka gila-gila dengan memberi pujian melambung dan satu lagi golongan sekadar 'hmmmmmmm....' atau terduduk lesu di Istana Budaya sepanjang tayangan.  Rasanya Abam tergolong dalam kelompok kedua. Kelompok yang sedikit kecewa, eh... actually banyak kecewa dengan produksi Enfiniti Productions kali ini. 4 kali menonton Puteri Gunung Ledang (2006, 2009), sekali P.Ramlee the Musical (2008) dan The Secret Life of Nora (2011) cukup untuk Abam menimbang tara dan membandingkan Ola Bola The Musical dengan karya-karya mereka sebelum ini. Ada yang berkata bandingkan teater ini dengan SuperMokh The Musical, but I refused! Kita bercakap tentang Enfiniti Productions, produksi teater bertaraf dunia. Produksi yang bukan jaguh kampung kerana berjaya membawa PGL ke Esplanade pada 2006, jadi ada baiknya membandingkan Ola Bola dengan teater terbitan mereka sebelum ini. Melangkah kaki