Skip to main content

Listening Party: Atilia - No3

Atilia, Please Berhijrah Ke Indonesia Demi No3


Baru-baru ini, penyanyi Atilia telah melancarkan album ketiganya dengan tajuk yang sungguh appropriate sekali, No.3. Rasa macam lama sangat untuk menantikan buah tangan terbaru penyanyi ini selepas tampil dengan album vass Sangkar dan Indah. 

First thing first, Abam admit, Abam bukanlah peminat muzik Jazz ni. So, Abam kena ulang dua tiga kali just untuk dapatkan mood bagi memberikan buah fikiran tentang album ini. Kesemuanya ada sembilan buah lagu termasuk dua lagu Inggeris dan hasilnya, album terbaik Atilia setakat ini. End of story.

So, di sini Abam senarai beberapa fakta ringkas agar memudahkan lagi pembacaan korang berkenaan album No3.


1. Pembikinan album ini mengambil masa 3 tahun
2. Lagu Sandaranku merupakan duet bersama BFFnya, Adibah Noor
3. 2 lagu Inggeris adalah No Fruits For Today dan Realize. 
4. Tujuh tahun lamanya menantikan album ini, kali terkahir melancarkan album Indah pada 2010.
5. No3 lebih banyak memuatkan muzik berentak pop berbanding dua album sebelum ini.
6. Selain di beberapa lokasi di Malaysia, No3 Album Tour juga akan ke Jakarta.
7. Selain Adibah, Atilia juga berduet dengan Lokman Aslam untuk lagu Segalanya.
8. Single pertama album ini adalah Bahagiaku
9. Proses rakaman album ini dibuat di Bsync Studio Malaysia dan juga Real World Studios, United Kingdom.
10.  Real world Studios merupakan milik penyanyi antarabangsa terkenal, Peter Gabriel.

Terima kasih Atilia kerana muncul dengan sebuah album yang solid dan sangat memuaskan. Ketika pendengar disajikan dengan lagu-lagu pop, kelainan yang dibawakan memang sesuatu yang segar. Walaupun Atilia sendiri tahu nasib albumnya ini mungkin sukar untuk diterima peminat, tapi dia tetap melangkah ke depan dengan No3. 

Kalau difikirkan, mungkin ada baiknya Atilia berhijrah dan fokus ke negara Seberang yang mana pendengar mereka lebih menghargai muzik sebegini. Such a waste, sebuah album yang bagus seperti ini tidak diperdengarkan kepada khalayak yang lebih luas.  

Lagu Letop: Untuk Perempuan Yang Sedang Dalam Pelukan, Sandaranku, Bahagiaku, Segalanya

Lagu Kureng: Realize, Kurnia Syurgawi, Cinta Ku Mengatasi Segalanya

Comments

Popular posts from this blog

Ola Bola The Musical Sekadar Menang Sorak?

Selepas selesai menonton teater ni, Abam perhatikan penonton akan terbahagi dua. Satu golongan akan suka gila-gila dengan memberi pujian melambung dan satu lagi golongan sekadar 'hmmmmmmm....' atau terduduk lesu di Istana Budaya sepanjang tayangan.  Rasanya Abam tergolong dalam kelompok kedua. Kelompok yang sedikit kecewa, eh... actually banyak kecewa dengan produksi Enfiniti Productions kali ini. 4 kali menonton Puteri Gunung Ledang (2006, 2009), sekali P.Ramlee the Musical (2008) dan The Secret Life of Nora (2011) cukup untuk Abam menimbang tara dan membandingkan Ola Bola The Musical dengan karya-karya mereka sebelum ini. Ada yang berkata bandingkan teater ini dengan SuperMokh The Musical, but I refused! Kita bercakap tentang Enfiniti Productions, produksi teater bertaraf dunia. Produksi yang bukan jaguh kampung kerana berjaya membawa PGL ke Esplanade pada 2006, jadi ada baiknya membandingkan Ola Bola dengan teater terbitan mereka sebelum ini. Melangkah kaki