Skip to main content

Listening Party: Ella - Peace.Love.Rindu

Album terbaru Ella buat Peminat Tak Puas hati?


Abam takkan buat retrospektif dan berbunga-bunga throwback mengingatkan korang kepada kehebatan suara dan buah tangan Ratu Rock negara. Ini Adalah rebiu Abam sebagai pendengar muzik setia dengan Spotify dan Apple Music yang merindui buah tangan terbaru Ella.

51 tahun umurnya, 30 tahun dalam industri, Ella masih rock. Nampaknya Universal Music berbelanja besar mendapat lagu-lagu daripada komposer hebat seperti Datuk M Nasir, Keon, Buddhi Hikayat, AD Samad, Edrie Hashim, Omar K, Faizal Tahir, Ezra Kong, AG Coco, Sam Bunkface dan Lord.

⏩⏩⏩⏩⏩⏪⏪⏪⏪⏪

Raguku

Track pertama album ini tebal dengan singnature Ella yang menjadi identiti Ella selama ini. Jika korang menjangkakan lagu pertama ini menjadi tona warna untuk lagu-lagu seterusnya, korang silap besar! Apapun, Raguku such a good opening song. 4/5

Abstraksi Hujan

Bunyi eksperimental daripada Ella, at least for me. Abam tak pernah dengar Ella menyanyikan lagu-lagu seperti ini. Mid-tempo song yang biasa-biasa sahaja. Percubaan berani Ella memuatkan lagu seperti ini untuk sebuah album yang hanya terdapat 8 lagu. 2/5 

Sujud

Tajuk sangat ketuhanan. Tapi sebenarnya sebuah lagu rancak yang apabila sekali dengar macam tak jauh berbeza dengan lagu Teruja nyanyian Ella untuk filem Gol & Gincu. Mungkin telinga Abam salah dengar. Apapun, i love it! 4/5 

Comel

Sis El, kenapa masukkan lagu ni? Something is not right. Yes, kami suka sis manja-manja di pentas tapi untuk sebuah album yang kami dah tunggu selama 10 tahun, this is wrong! Such a waste. Nothing comel about this song. Apapun suka intro ala-ala western. Next! 1/5

Ku Sedia

Memang single Material lagu ni. Jenis-jenis lagu-lagu yang selalu kita dengar jadi soundtrack untuk drama Melayu. Tak kisahlah drama jam berapa tayangannya. Haha... Apa Abam suka tentang Sis El, lagu slow ke, mid tempo ke, rancak ke, suara ikonik itu tetap ada. Puas. Setiap lagu yang kita dengar jadi puas. How to explain? Puas! 4/5

Istimewah

Sepatutnya jadi single pertama untuk era baru Ella. Am i right? Rasanya Ella ke London kot untuk buat video klip lagu ini. Tapi, macam tak release je kat mana-mana. Apa cerita ek? Istimewah, sebuah lagu yang biasa, lagu ini kalau Ella ada cahaya mata (insyaAllah), inilah lagu untuk anak Ella dan suami. 3/5 

Peace Love

Sekali dengar macam lagu dari Seberang. Beautiful song apatah dengan sulaman lirik-lirik bercampur Melayu dan Inggeris. Kinky tak Abam bayangkan Ella nyanyikan lagu ni untuk suami sambil dia baring di peha. Entah, dalam lagu ni Abam macam dapat rasakan kebahagiaan Ella dalam fasa hidupnya ketika ini. 3/5 

Peace Love Rindu

Okey, now Abam tak faham. Kenapa ada dua lagu yang sama or hampir sama dalam satu album? I don't get it. Tapi kali ini berduet dengan seorang penyanyi lelaki. Abam tak kuasa nak buat research siapa penyanyi ini. Apapun, masih sebuah lagu yang best. Dan sebenarnya Abam masih keliru dan menggeleng kepala membayangkan kenapa ada dua lagu hampir sama dalam satu album. Bukan bonus track ya! Why oh why? 3/5

⏩⏩⏩⏩⏩⏪⏪⏪⏪⏪


10 tahun, 1 dekad bukan satu jangka masa yang sekejap ya! No! Lama. Kalau ada anak dah darjah 4 dah. Begitu juga dengan Ella. Dia ada masa yang sangat lama untuk memberikan hasil terbaik kepada peminat. Tapi, sebagai peminat yang tak berapa nak setia, Abam kecewa sebab tak puas! 

Peace.Love.Rindu tidak konsisten, tidak kohesif dalam pemilihan lagu. Bahasa mudahnya caca marba. Yes, Abam faham Ella mungkin nak bereksperimentasi dengan bunyi baru agar kekal relevan. Tapi, bagi pendapat Abam yang tiada ilmu dalam muzik, mungkin Ella masih boleh berpegang pada satu paksi/tema/objektif agar album ini tidak bersepah-sepah. 

Oh well, macam tajuk albumnya, mungkin Ella sekadar mahu melepaskan rindu melancarkan album baru. 

Kalau ada peminat mengharapkan album Ella seperti sebelum ini, lupakan sahaja. Peace.Love.Rindu adalah versi jinak Ella. Mellow dan sesuai dengan hidupnya kini. Kesimpulannya, Abam tak nak merungut banyak-banyak. Selagi Ella masih keluarkan album baru dan menghiburkan Malaysia, i'm good! 

Lagu letop: Raguku, Sujud, Ku Sedia

Lagu kureng: Abstraksi Hujan, Comel 

Comments

Popular posts from this blog

Ola Bola The Musical Sekadar Menang Sorak?

Selepas selesai menonton teater ni, Abam perhatikan penonton akan terbahagi dua. Satu golongan akan suka gila-gila dengan memberi pujian melambung dan satu lagi golongan sekadar 'hmmmmmmm....' atau terduduk lesu di Istana Budaya sepanjang tayangan.  Rasanya Abam tergolong dalam kelompok kedua. Kelompok yang sedikit kecewa, eh... actually banyak kecewa dengan produksi Enfiniti Productions kali ini. 4 kali menonton Puteri Gunung Ledang (2006, 2009), sekali P.Ramlee the Musical (2008) dan The Secret Life of Nora (2011) cukup untuk Abam menimbang tara dan membandingkan Ola Bola The Musical dengan karya-karya mereka sebelum ini. Ada yang berkata bandingkan teater ini dengan SuperMokh The Musical, but I refused! Kita bercakap tentang Enfiniti Productions, produksi teater bertaraf dunia. Produksi yang bukan jaguh kampung kerana berjaya membawa PGL ke Esplanade pada 2006, jadi ada baiknya membandingkan Ola Bola dengan teater terbitan mereka sebelum ini. Melangkah kaki